Archive for October, 2008

06
Oct

K.E.N.A.P.A.?

Have you ever felt that nothing is quite right in this world? And all you can do is cry and wish for it to be forgotten somehow, and someday.

Kenapa hati tak pernah rasa tenang? Sedang hati itu tak pernah terluka.

Kenapa mata selalu digenangi air panas yang bercucuran bagai hujan? Sedang tiada perkara buruk yang menimpa.

Kenapa semuanya kelihatan salah sahaja? Sedang tiada apa yang berlaku sebenarnya.

Kenapa perasaan ini bagai dengusan nafas yang kencang, dan tidak teratur lagaknya? Sedang sesaat sebelum itu, perasaan itu ibarat hembusan angin pagi yang elok.

Kenapa sukar meluah rasa? Sedang kata-kata mudah sahaja diatur bersama.

Kenapa memilih untuk menjadi mangsa? Sedang pilihan itu terbuka di depan mata.

Kenapa? Kenapa hati ini rasa sesak tiba-tiba? Kenapa perasaan ini celaru tiba-tiba? Kenapa jiwa ini merintih tiba-tiba? Kenapa?